Minggu, 30 Desember 2012

PROSES MEMBUAT ANYAMAN MENGKUANG / PANDAN


Suprapto Wijaksono, adalah seorang pengerajin anyaman yang sukses di desa Kabunan Kecamatan Balen Kabupaten Bojonegoro. Pada tahun 1994 beliau mulai melakoni sebagai  pengerajin anyaman. Pada waktu itu beliau mempunyai pekarangan yang lumayan luas dan terdapat banyak tumbuhan mengkuang disana. Dari itu beliau berfikir tumbuhan sebanyak itu sebaiknya diapakan? dimusnahkan atau  dimanfaatkan! Kemudian beliau berfikir lagi dan akhirnya beliau memutuskan untuk memanfaatkanya sebagai usaha pengerajinan yaitu membuat anyaman berupa tikar.

Dari tahun ke tahun beliau menganyam tiada henti meskipun konsumen tidak begitu banyak yang tertarik dengan anyaman tikar. Kemudian beliau mempunyai inovasi untuk membuat kerajinan selain tikar tetepi bahan bakunya masih tetap terbuat dari tumbuhan mengkuang. Ia mencoba membuat anyaman mengkuang menjadi tas,  kipas, topi, dll. Anak-anak dan keluarganya ikut serta dalam pembuatan dan pemasarannya. Atas ide anaknya beliau  mengikut sertakan kerajinannya ke sebuah pameran dan disana banyak orang yang tertarik dengan kerajinannya itu. Banyak  pesanan yang di terimanya, sehingga beliau membutuhkan beberapa pekerja lain.  Dari situlah beliau bisa sukses dan  bisa menyekolahkan anak-anaknya ke jenjang yang lebih tinggi. Pak  Suprapto merasa sudah tidak kuat lagi untuk mengurusi usahanya tersebut karena faktor usia  kemudian beliau mengalihkan usahanya kepada anak-anaknya sampai sekarang. Disini pak Suprapto memberi tahu bagaimana proses membuat anyamannya.

Cara pembuatan anyaman dari mengkuang / pandan :
Daun-daun mengkuang / pandan yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, di mulai di bagian umbi pokok. Tujuh atau delapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling  perdunya lazimnya berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.
Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar- benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka. Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.
Melurut melembutkan bilah dan melicinkan permukaannya. Bilah yang sudah dilurut dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih. Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.



Terdapat dua proses pewarnaan dalam pembuatan anyaman mengkuang, yaitu :
Pewarnaan Cara Tradisional
v  Bahan seperti kunyit, buah kesumba India, dan daun
v  mengkudu digunakan sebagai pewarna asli pada zaman dahulu.
v  Kunyit ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih untuk
v  mendapatkan warna kuning.
v  Buah kesumba diguna untuk menghasilkan warna jingga dan merah.
v  Buah pokok arang diguna untuk mendapatkan warna hitam
v  Untuk  mendapatkan warna yang lebih cerah, menggunakan kapur.
v  Contohnya, warna kuning pinang masak di campur dengan kapur sirih.
v  Warna hijau diperolehi dari daun pohon bemban.

Pewarnaan Cara Modern
v  Pewarnaan cara modern menggunakan bahan pencelup dyestuff dan
v  campuran bahan kimia lain.
v  bahan pewarna biasanya berbentuk hablur atau serbuk.

 Teknik Pewarnaan
v  Air bersih dipanaskan sehinga mendidih didalam sebuah periuk.
v  Bahan pewarna kemudian dimasukan ke dalam air tersebut dan di aduk sampek tercampur.
v  Masukkan daun mengkuang dan ikatlah,ke dalam periuk yang berisi air pewarna tadi dan rendamlah.
v  Keluarkan rendaman daun mengkuang tersebut setelah kira-kira setengah jam-an.
v  Daun mengkuang dicuci dengan air bersih.
v  Ikatan daun mengkuang dibuka dan dijemur sehigga kering.



Teknik menganyam
Cara menganyaman terrgantung pada jenis objek yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, dimulakan di tengah-tengah  ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur fauna pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna yang berlainan atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.


3 komentar:

Unknown mengatakan...

makasih mba, postinganya bermanfaat. tapi mungkin sedikit masukan. untuk tampilan blognya, mouse dengan tulisan melayang itu agak sdikit mengganggu :) trima kasih sebelumnya, izin copast ya ^-^

Unknown mengatakan...

wahhh kereenn, ide yang kreatif..
terima kasih untuk info dan tutornya, bisa diterapin di rumah.
jangan lupa kunjungi juga www.smartkiosku.com atau www.serbamultimedia.com yaa

Yayuk tri sugiarti mengatakan...

makasih informasinya

Posting Komentar

 
Copyright Ochy's Blog 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .